Monday, January 2, 2012

KEM INTEGRASI BELIA 2011

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam integrasi kepada semua pembaca terutamanya peserta-peserta Kem Integrasi Belia 2011. Kali ini penulis ingin menceritakan mengenai Kem Integrasi Belia yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Malaysia pada tarikh 6hb sehingga 12hb Disember 2011, bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Melaka. Itu merupakan tarikh peserta tiba, sedangkan penulis bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain telah tiba lebih awal 2 hari dari tarikh peserta tiba untuk bersedia pelbagai perkara agar dapat menjayakan kem tersebut. Segala pengorbanan fasilitator dan urusetia patutlah dihargai seperti mutiara yang tidak ternilai harganya kerana sanggup meninggalkan keluarga demi menjayakan kem tersebut. Para peserta haruslah mengucapkan jutaan terima kasih kepada fasilitator dan urusetia bukan sahaja kerana sanggup mengorbankan masa, malahan sanggup berkongsi ilmu serta pengalaman. 

         Penulis juga tidak penah lupa dan tidak penah jemu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia kerana sudi melantik penulis menjadi urusetia di kem tersebut. Penulis juga mengucapkan terima kasih kepada En.Mohd Abdul Malek Bin Mohd Noor, kerana beliau penulis berada di sana. Dan penulis juga tidak penah lupa segala jasa baik Puan Suraya dan Puan Siti hajar kerana dapat menerima penulis didalam kem ini. Serta tidak lupa juga kepada Belintina (senyum sikit), diatas segala kerjasama dan tunjuk ajar yang diberi. Terima kasih juga kepada urusetia-urusetia yang lain kerana memberi kerjasama sepenuhnya.

         Untuk pengetahuan pembaca majlis penutup Kem Integrasi Belia 2011 ini telah dirasmikan oleh Y.BHG Dato' Azman Amin Bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Malaysia, majlis ini telah dirasmikan pada tarikh 11hb Disember 2011 pada jam 2.30 petang, dan telah berakhir dengan jayanya. Seramai 112 orang peserta telah mendapat pelbagai pengalaman serta pengkongsian ilmu.

         Penglibatan diri dalam kem merupakan satu rahmat bagi penulis disamping dapat memantapkan lagi mutu kerja serta dapat memotivasikan diri ke arah kejayaan, segala tunjuk ajar di dalam setiap kem akan penulis hargai sepenuhnya. Dengan pengalaman ini, penulis akan berupaya untuk terus memajukan diri sendiri samada dari bidang kerja mahupun bidang belia. penulis berharap hubungan penulis dengan pihak Jabatan tidak akan putus disini sahaja, penulis akan terus membantu pihak jabatan selagi perkhidmatan diperlukan. Sekian dari penulis. wassalam.... 


No comments: