Tuesday, January 12, 2010

KEM KEMBAR PADU SILANG BUDAYA 2009



           Assalamualaikum wbt kepada semua, kini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan semua sahabat penulis mengenai kem yang telah penulis ikuti. Kem kembar padu silang budaya telah diadakan pada 28hb Disember - 31hb Disember 2009 bertempat di kawasan rukun tetangga tambak paya dan telah di sertai seramai 40 orang peserta yang berusia 11 dan 12 tahun  daripada pelbagai kaum. Kem ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Dan integrasi Nasional Melaka. Tepat jam 2 petang pendaftaran para peserta di jalankan sehingga jam 5 petang. Dan sesi taklimat diberikan oleh en.mus kepada para peserta kem. Kem ini mempunyai lebih kurang 10 orang fasilitator yang berpengalaman kerana sebahagiannya merupakan cikgu-cikgu daripada tabika perpaduan.
            Penulis berasa bertuah kerana dapat bersama-sama dalam menjayakan kem tersebut, inilah merupakan minat penulis sejak dahulu lagi. Penulis telah menjalankan tugas sebaik mungkin untuk kem berkenanan. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan kerana membenarkan penulis mengikuti kem tersebut dan dengan pengalaman ini penulis akan terus memperbaiki diri untuk kemajuan penulis juga. Sekali lagi penulis mengucapkan ribuan terima kasih dan penulis akan teruskan membantu sekiranya Jabatan Perpaduan memerlukan tenaga penulis. Setiap kali penulis mengikuti kem, penulis tidak pernah mengangap tugas diberi adalah satu tugasan malahan penulis mengangap ianya merupakan satu tanggungjawab. Ini sahajalah yang dapat penulis tuliskan dan lihatlah gambar-gambar yang telah penulis sediakan. terima kasih semua.

GAMBAR-GAMBAR KEM KEMBAR PADU




Rajinnya sahabat penulis nie.

En.mus memberi taklimat.

Peserta sepakat menyanyikan lagu.

Sempat lagi posing yer..

Sahabat penulis memberi penjelasan aktiviti yang sedang dijalankan.

Kuliah subuh diberikan oleh imam.

Sesi moral pula diberikan oleh sahabat penulis vetiyananthan.

Senaman pagi

Tunjuk apa tu..

Para fasilitator makan, hidup untuk makan.

Chiken Dance



Para urusetia juga tidak lepaskan peluang menyanyi bersama peserta.



Letih nampak.




Inilah gelagat fasilitator.


PBSM


Peserta dengar ceramah.

Inilah orang yang memberi ceramah dari PBSM.



Teknik-teknik merawat kepatahan.

Khusyuknya dia dengar ceramah,hehe

ORIENTERING


Barisan fasilitator yang menjaga check point..

Para peserta dilepaskan dengan cabaran pertama.

Cabaran menangkap ikan dengan mengunakan tangan.

Peserta ketika di check point 2.

Inilah rupa peserta selepas makan limau nipis.

Peserta tiba di check point 4 di jaga oleh abg macho iaitu sahabat penulis.

Peserta meredah anak sungai untuk ke check point seterusnya.

Inilah rupa peserta selepas naik dari anak sungai.

Fasilitator bergambar sementara menunggu peserta tiba.

Peserta di beri makan timun sebelum di beri tugasan.Pening-pening, macam-macam kena buat(mungkin ini rungutan para peserta)Cabaran melalui spider wet.Berbagai gaya dilakukan.Akhirnya berjaya melepasi spider wet

MALAM KEBUDAYAAN

Inilah pentas untuk persembahan peserta
Cak pong-cak pong bunyi kompang,hehe Ini pula pengacara majlis, siapa lagi kalau bukan sahabat penulis vetiyananthan
Lakonan daripada kumpulan peserta.
Persembahan peserta
Undian di buat oleh kem komandan en. hisyam, lihat siapa yang kena.
Selamat Hari Jadi Adik-Adik ku. Hamper di sampaikan oleh en. razak.

Peserta membuka hamper dan makan beramai-ramai.Sijil di sampaikan untuk peserta.


Sesiapa yang inginkan gambar-gambar KEM KEMBAR PADU SILANG BUDAYA 2009, bolehlah terus hubungi penulis di no 012-965-3373. terima kasih.