Sunday, January 1, 2012

BENGKEL FORMULASASI KELAB RUKUN NEGARA, JOHOR BAHRU

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca. Kini penulis akan menceritakan mengenai Bengkel Formulasasi Kelab Rukun Negara yang telah berlangsung pada tarikh 2hb sehingga 4hb Disember 2011, Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru dan di jalankan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Terutamanya penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Abdul Malek Bin Mohd Noor, Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru kerana memberi peluang kepada penulis untuk menimba ilmu serta menambah pengalaman. Bersama - sama dengan rakan penulis iaitu Vetiyananthan a/l anbalagan telah berusaha keras dalam menjayakan bengkel tersebut. Dari melaka kami sanggup datang semata-mata hendak memberi ilmu serta pengetahuan kepada para peserta. Begitulah nilai-nilai positif yang kami terapkan dalam diri. Diharapkan para peserta jua berfikiran begitu. 
        
        Alhamdulilah, setelah 3 hari 2 malam berkampung di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, Penulis berasa sungguh berbangga dengan kejayaan Bengkel tersebut. Kejayaan ini juga adalah disebabkan para peserta telah memberi komitment yang terbaik. Walaupun telah diberi tempat tidur yang mempunyai air cond, tilam yang empuk dan dalam keadaan yang begitu selesa, para peserta tetap hadir di kelas tepat pada masa yang diberikan, TAHNIAH penulis ucapkan kepada para peserta sekalian.Setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih lagi sekali penulis ucapkan kepada Jawatankuasa Bengkel Formulasasi Kelab Rukun Negara diatas segala perkara. Diharapkan Bengkel ini dapat dikekalkan dan diusahakan untuk masa hadapan. Sekian dari penulis, wassalam.

No comments: