Wednesday, January 4, 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Penulis terlibat dengan Program Rimup Kembara Tunas Jiran Bestari Peringkat Daerah Alor Gajah, Melaka, yang dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Alor Gajah, Melaka bersama-sama Kawasan Rukun Tetangga Daerah Alor Gajah, Melaka, dengan kerjasama Rakan Anti Dadah (RADA), dan PBSM Daerah Alor Gajah, Melaka. Program ini dijalankan pada tarikh 13hb sehingga 15hb Disember 2011, bertempat di Taman Negara Pahang, Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri kelahiran penulis. Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta dari pelbagai Kawasan Rukun Tetangga Daerah Alor Gajah, Melaka yang berusia 11 ke 12 tahun. Para peserta merasa bertuah kerana inilah kali pertama Program Rimup diadakan di Taman Negara Pahang, dimana para peserta merasai suasana hutan yang unik, dengan pengangkutan hanyalah bot. Dengan kerjasama fasilitator-fasilitator seramai 20 orang telah menjamin keselamatan para peserta dan program dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih penulis mengucapkan kepada fasilitator yang terlibat. 

          Para peserta menrasa cukup gembira setiap kali aktiviti dijalankan, walaupun kesemua aktiviti luar tetapi penyerapan nilai-nilai murni tetap diserapkan kedalam diri peserta, agar program ini tidak menjadi sia-sia. Dengan adanya pemimpin yang berkaliber seperti En.Hasrol dan Cik Diana telah menjadikan program ini berjaya sehingga ke akhirnya. Jutaan terima kasih penulis ucapkan terutamanya kepada En. Hasrol kerana menjemput penulis bersama-sama menjayakan program tersebut. Penulis harapkan hubungan ini terus berkekalan. sekian dari penulis, wassalam.

No comments: