Thursday, October 28, 2010

PERJALANAN PENULIS DI KUCHING, SARAWAK

 Tiba di Kuching, Sarawak
 Hari Raya
 Bersama Alesya.

PERJALANAN PENULIS DI SABAH

 Dalam Airasia
 Di kudasang
 sabah bah
 Inilah gunung Kinabalu
 Berada di gunung kinabalu






 cukup panas
 Punca air panas
gunung Kinabalu, Sabah

RUMAH TERBUKA

 saudara mara penulis
sepupu penulis

Salam 1 Malaysia buat semua pembaca. Beginilah ahli-ahli keluarga penulis tetapi masih ada  lagi yg tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Penulis berasa sangat bahagia ketika ini, dapat berkumpul bersama-sama saudara mara yang jarang jumpa. Penulis mengucapkan ribuaan terima kasih kepada anjang kerana menjemput penulis dan abang-abang penulis untuk ke majlis tersebut.

Wednesday, July 14, 2010

PROGRAM MENDAKI GUNUNG ANGSI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.........

    Pada 3hb Julai 2010, satu program anjuran Persatuan Belia Integrasi Melaka Tengah iaitu persatuan belia penulis sendiri telah menjalankan program mendaki gunung angsi di negeri sembilan. Program sehari ini telah berjaya walaupun kami tiba lewat pada jam 11.30 pagi. Dengan semangat dan keazaman untuk tiba di puncak gunung menjadi punca kejayaan kami menawan puncak gunung angsi tersebut. Kami seramai 11 orang yang merupakan pemimpin-pemimpin masa hadapan yang akan teruskan perjuangan belia sehingga tercapainya cita-cita. Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah memberi komitment dan dapat mengikuti program ini dengan penuh semangat. penulis juga berharap para belia dapat terus mengikuti program-program yang dianjurkan oleh persatuan belia ini daripada belia-belia terus hanyut di arus deras tanpa arah tujuan. Penulis memohon maaf sekiranya ada kekurangan, "YANG SEMPURNA DARI ALLAH, YANG SERBA KEKURANGAN DARI DIRI SAYA SENDIRI". Dengan ini penulis harapkan mendaki gunung angsi ini menjadi aktiviti tahunan. sekian, terima kasih.... dari penulis.

Tuesday, July 13, 2010

Tiba di Gunung Angsi
Taklimat dan sedikit renganggan sebelum naik.
Mula perjalanan.
Tiba di Kem Tangga Batu, kiranya suku perjalanan.
Seekor species yang belum dikenal pasti,hehehe
yang ini sudah pasti speciesnya,hehehe
inilah dipanggil Jeram Kak Lang, dipertengahan.
Berehat sebentar di Jeram Kak Lang.
Ve, lau bab bergaya suka dia....
Tiba di bawah dan sume nampak keletihan.
1 Malaysia.
Inilah pengangkutan kami, nasib baik sampai,hehehe

Thursday, April 29, 2010

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA...

Kem Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) telah dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka bersama Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional. telah diadakan pada 12 sehingga 16 hb Mac 2010 bertempat di Tropikal farm Fruit, Sungai Udang, Melaka.

Kem ini telah disertai seramai 40 orang belia yang berumur 15 ke 18 tahun yang berbagai bangsa dan agama. Kem ini telah berjalan dengan jaya dan dapat memberi impak yang positif terutamanya kepada belia-belia yang baru nak matang. Di dalam kem ini, para peserta akan diajar mengenai disiplin dan kehidupan. Penulis berharap kem ini dapat diteruskan untuk generasi baru pada masa hadapan. Penulis mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada en. aswad dan en.malek kerana beliau berdua penulis berada di kem itu tiap-tiap tahun. Dengan ini penulis bukan sahaja akan mendapat pengalaman malahan mendapat pelbagai idea dan pengetahuan. Penulis berharap segala-nya berjalan dengan lancar. terima kasih dari penulis.

GAMBAR-GAMBAR PESERTA KEM RMJM SIRI 1/2010