Sunday, November 27, 2011

KURSUS KEMAHIRAN MENYELAMAT DAN PERTOLONGAN CEMAS JUNIOR MYCORPS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat teman-teman pembaca sekalian. Sudah sekian lama rasanya penulis tidak menulis di blog ini. Ini semua disebabkan penulis tidak mempunyai waktu untuk berbuat demikian, maaf dipinta penulis harapkan. 
        Kini, penulis hadir dengan cerita terbaru yang hendak penulis kongsi dan paparkan untuk para pembaca. Akan tetapi bukan cerita Ali (gambar monyet disebelah) yang hendak penulis ceritakan, itu hanyalah gambar hiasan semata-mata. Ianya adalah mengenai Kursus Kemahiran Menyelamat Dan Pertolongan Cemas Junior Mycorps Peringkat Negeri Melaka yang baru sahaja berlangsung pada 18hb sehingga 22hb November 2011, telah dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri melaka, dengan kerjasama Jabatan Pertahanan awan Malaysia Negeri Melaka dan juga Persatuan Bulan sabit Merah Malaysia Negeri Melaka. Kursus ini dijalankan di Tropical Fruit farm, sungai udang negeri melaka. Peserta yang hadir adalah seramai 30 orang dari pelbagai tempat dalam negeri melaka yang berumur diantara 16 tahun hingga 25 tahun. Didalam kursus ini juga terdapat pelbagai pengalaman serta ilmu yang dapat dipelajari oleh para peserta diantaranya seperti asas pertolongan cemas, mengosongkan bangunan serta mempelajari ikatan tali. para peserta sepatutnya merasa cukup bertuah dapat mempelajari kemahiran ini secara percuma, kerana kemahiran ini sekiranya hendak dipelajari memang cukup mahal. 
         Penulis mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka diketuai oleh En.Osman dan tidak lupa juga kepada En. Al-Aswat kerana melantik penulis menjadi urusetia kursus tersebut. Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan didalam perkhidmatan penulis ketika kursus berlangsung. terima kasih juga penulis mengucapkan kepada pihak tropical fruit farm, sg Udang, Melaka terutamanya kepada kak liza kerana memberikan perkhidmatan terbaik kepada pihak kami. dan kami terasa cukup berpuas hati. 
      Penulis berharap kursus berasaskan kemahiran ini dapat diteruskan semoga remaja dapat mempelajari kemahiran ini untuk digunakan ketika perlu. dengan adanya kemahiran ini, maka dapatlah menjadikan remaja masa kini lebih berkualiti. sekian dari penulis.... wassalam.

TAKLIMAT

taklimat oleh en.osman


group KRM tangga batu

BBSM

 putih dah ve,hehe
 tekan-tekan
 tgk apa tuuu... 
 balutan (praktikal)

 aksi en.mokhtar




KEBAKARAN, IKHTIAR HIDUP DAN JUNIOR MYCORPS NIGHT

 taklimat kebakaran
 urusetia JPAM (comel kan,hehe)
 praktikal
 teknik melemaskan api

 En. Al-Aswat bersama pasukan JPAM
 tumpang lalu.......hehehe
 kenderaan kami disana.
 dh bayar tambang ke belum nie....
 taklimat sebelum aktiviti ikhtiar hidup
 basah kasut ku...hahaha

 urusetia JBS (bab bergambar serah kat diaorg,haha)

 kerjasama...
 boleh tahan beratnya tu....
 pemasangan khemah 
 ve ada gaya sami vellu...
 makan-makan

 persembahan peserta
 inilah gaya seorg yg gila mic.hahaha
group 'teko'

GAMBAR SUKA SUKA

 potong jgn tak potong

 cekak pinggang nampak,haha
 posing dalam hutan..

 inilah ali adik angkat ve..



 cenderamata untuk en.mokhtar


 fewittt.