Tuesday, January 18, 2011

KAJIAN MENGENAI BULAN KELAHIRAN DAN SIKAP ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Ganas gambar penulis kali ini, tetapi bukan cerita "pak belang" yang ingin penulis ceritakan, itu hanyalah sekadar gambar hiasan sahaja. Apa yang penulis ingin khabarkan kepada pembaca-pembaca adalah mengenai 'kenal diri', bagaimana kita hendak mengenal diri sendiri. Selama ini mungkin kita tidak sedar akan perkara ini sehinggalah orang lain menegur baru kita sedar apa yang kita buat, itu hakikatnya dalam menjalani kehidupan.
         Kajian Mengenai Bulan Kelahiran dan Sikap di ambil daripada kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah seorang yang terkemuka dengan ceramahnya dan kajiannya mengenai kenali diri serta motivasi. Untuk pengetahuan pembaca, beliau telah membuat kajian ini selama 35 tahun dan ini hasil kajian beliau. Tetapi pembaca harus ingat, segala yang tertulis tidaklah kesemuanya tepat pada individu tersebut, sebab itu manusia dijadikan berlainan sifat dan sikap. Pembaca haruslah sedar, bahawa kajian ini hanyalah sebagai petunjuk kepada kita mengenai kenali diri. Bacalah dan kajilah sikap sendiri sekiranya inginkan kemajuan diri. Segala yang berlaku di muka bumi ini ada pelbagai hikmah samaada kita sedar atau tidak sedar, segala kebaikan yang kita lakukan akan ada balasan, segala keburukan yang kita lakukan akan ada pembalasan, ini yang di panggil lumrah hidup. Penulis bukan hendak memberi ceramah atau cerita panjang, penulis cuma hendak memberi fahaman kepada semua pembaca mengenai kajian ini. Walau apa pun, penulis mengucapkan selamat membaca dan terima kasih. sekian.

No comments: