Sunday, January 2, 2011

BENGKEL FORMULASASI PERPADUAN 2010

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca. kali ini penulis memaparkan cerita di bengkel formulasasi perpaduan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional pada tarikh 27hb sehingga 31hb disember 2010 bertempat di Homstay Parit Penghulu, sungai rambai, Melaka. Ini merupakan bengkel terakhir bagi tahun 2010 dan bengkel paling menyeronokkan dimana peserta-peserta di kalangan remaja. Fasilitator-fasilitator dari maktab guru di bawa oleh cikgu baba memeriahkan lagi suasana bengkel.
          Penulis mengucapkan tahniah terutamanya pada Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional di bawah pimpinan en. mohd abdul malek bin mohd nor kerana berjaya menghasilkan sebuah bengkel yang dapat memberi banyak manfaat yang berguna kepada remaja zaman sekarang. Penulis juga tidak lupa kepada fasi-fasi yang dilantik oleh cikgu baba seperti lisa, zu, ana dan hajar kerana bersama-sama menjayakan bengkel ini. Di dalam bengkel ini penulis menjadi urus setia bersama dengan vetiananthan dan juga khairul. Penulis berharap program begini dapat diteruskan agar remaja zaman sekarang dapat menilai antara emas dan kaca. Penulis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. wassalam..

No comments: