Tuesday, January 12, 2010

KEM KEMBAR PADU SILANG BUDAYA 2009



           Assalamualaikum wbt kepada semua, kini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan semua sahabat penulis mengenai kem yang telah penulis ikuti. Kem kembar padu silang budaya telah diadakan pada 28hb Disember - 31hb Disember 2009 bertempat di kawasan rukun tetangga tambak paya dan telah di sertai seramai 40 orang peserta yang berusia 11 dan 12 tahun  daripada pelbagai kaum. Kem ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Dan integrasi Nasional Melaka. Tepat jam 2 petang pendaftaran para peserta di jalankan sehingga jam 5 petang. Dan sesi taklimat diberikan oleh en.mus kepada para peserta kem. Kem ini mempunyai lebih kurang 10 orang fasilitator yang berpengalaman kerana sebahagiannya merupakan cikgu-cikgu daripada tabika perpaduan.
            Penulis berasa bertuah kerana dapat bersama-sama dalam menjayakan kem tersebut, inilah merupakan minat penulis sejak dahulu lagi. Penulis telah menjalankan tugas sebaik mungkin untuk kem berkenanan. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan kerana membenarkan penulis mengikuti kem tersebut dan dengan pengalaman ini penulis akan terus memperbaiki diri untuk kemajuan penulis juga. Sekali lagi penulis mengucapkan ribuan terima kasih dan penulis akan teruskan membantu sekiranya Jabatan Perpaduan memerlukan tenaga penulis. Setiap kali penulis mengikuti kem, penulis tidak pernah mengangap tugas diberi adalah satu tugasan malahan penulis mengangap ianya merupakan satu tanggungjawab. Ini sahajalah yang dapat penulis tuliskan dan lihatlah gambar-gambar yang telah penulis sediakan. terima kasih semua.

No comments: