Wednesday, July 14, 2010

PROGRAM MENDAKI GUNUNG ANGSI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.........

    Pada 3hb Julai 2010, satu program anjuran Persatuan Belia Integrasi Melaka Tengah iaitu persatuan belia penulis sendiri telah menjalankan program mendaki gunung angsi di negeri sembilan. Program sehari ini telah berjaya walaupun kami tiba lewat pada jam 11.30 pagi. Dengan semangat dan keazaman untuk tiba di puncak gunung menjadi punca kejayaan kami menawan puncak gunung angsi tersebut. Kami seramai 11 orang yang merupakan pemimpin-pemimpin masa hadapan yang akan teruskan perjuangan belia sehingga tercapainya cita-cita. Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah memberi komitment dan dapat mengikuti program ini dengan penuh semangat. penulis juga berharap para belia dapat terus mengikuti program-program yang dianjurkan oleh persatuan belia ini daripada belia-belia terus hanyut di arus deras tanpa arah tujuan. Penulis memohon maaf sekiranya ada kekurangan, "YANG SEMPURNA DARI ALLAH, YANG SERBA KEKURANGAN DARI DIRI SAYA SENDIRI". Dengan ini penulis harapkan mendaki gunung angsi ini menjadi aktiviti tahunan. sekian, terima kasih.... dari penulis.

No comments: